Pusat Jagaan Warga Emas Setia Impian

Photobucket

Friday, April 3, 2009

APA ITU DEMENTIA?

PENGENALAN

Dementia atau 'nyayuk' adalah satu keadan digeneratif saraf yang mengakibatkan penurunan keupayaan intelek dan keupayaan fungsi. Ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan bukan sahaja untuk pesakit tetapi juga penjaga pesakitdari aspek sosial dan kefungsian pekerjaan.

Di peringkat primer kebanyakan warga emas yang mengalami kemerosotan kognitif tidak dikesan pada peringkat awal. Dianggarkan 5 hingga 10 peratus dari kalangan warga emas mengalami penyakit dementia. Bilangan pesakit dementia dijangkakan meningkat dengan peningkatan populasi warga tua.

Kebanyakan dari kalangan masyarakat beranggapan nyanyuk, pelupa dan kekeliruan adalah satu keadaan yang normal untuk warga emas sebagai satu proses penuaan. Persepsi ini perlu diubah. Kewujudan pusat jagaan warga emas ini antara lain bertujuan untuk membantu warga emas yang mengalami dementia dengan cara membuat saringan dan pengurusan pesakit dan juga penjaganya.

No comments:

Post a Comment