Pusat Jagaan Warga Emas Setia Impian

Photobucket

Saturday, March 28, 2009

Insfrastruktur

Ruang bagi aktiviti penghuni pusat.
Kegunaan :
-ruang istirehat
-ruang aktiviti berkumpulan
- ruang aktiviti pemulihan
-ruaang Pendidikan kesihatan dan aktiviti-aktiviti lain.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat jagaan ini ialah:-

  • Doktor
  • Jururawat
  • Jurupulih Carakerja
  • Fisio Terapi
  • Pembantu yang berpengalaman
  • Dibuka kepada jagaan harian dan tetap
  • Menjaga warga emas dan orang kurang upaya(tiada had umur)
  • Makan 6 kali sehari
  • Mencuci pakaian
  • Aktiviti hujung minggu (rekreasi dan perayaan khas)

Tuesday, March 24, 2009

Pengenalan Dan Kata Kata Aluan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cabaran yang paling ketara pada abad ke-21 ini ialah penuaan penduduk yang pesat. Penuaan penduduk ialah satu fenomena yang akan dihadapi oleh semua negara dan Malaysia tidak terkecuali. Menurut laporan bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menjelang tahun 2050, bilangan penduduk yang berusia 60 tahun dan keatas akan mengatasi mereka yang berusia 15 tahun, iaitu keadaan yang pertama kali berlaku dalam sejarah manusia.

Dikesempatan ini,Pusat Jagaan Warga Emas ini diwujudkan untuk menghadapi cabaran tersebut.Ianya dapat membantu masyarakat,komuniti sekaligus kerajaan sebagai sistem sokongan alternatif untuk warga emas.

Disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung didalam membantu menjayakan penubuhan Pusat Jagaan Warga Emas ini.Semoga Pusat Jagaan Warga Emas Setia Impian ini berjaya dan terus berjaya didalam membantu untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Wassalam

Muhammad Zainie Hassan
Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Setia Impian
Tel:012-9730791